Thursday, December 30, 2010

7 Hari di Bandaraya Yap Ah Loy

Rancangan kita berjaya.Ingat nak pergi 3 hari ja,tiba-tiba tiket balik pulak habis.Sampai-sampai je KL kami check-in dulu dekat hotel yang dulu kami duduk.Sebab dia paling murah haha RM30 sahaja,yang lain semua RM50 dan RM70.Biasa lah hotel murah,memang macam tu lah harganya.Sebenarnya RM30 pun kami masih tak mampu lagi tapi sapu jugak haha.Kali ini pergi KL bukan nak main-main  deh,nak travel betul-betul tercabut lutut ni,sliper sampai nipis la,macam-macam al-kisah kami dapat di sana,itu baru betul-betul travel.Nak cerita panjang sangat,biarlah menjadi kenangan kami sahaja.Berbekalkan 300 sahaja untuk 2 orang,tahun lepas 400 sorang (3 hari pulak tu!).Jadi sudah puas duduk,seminggu lah jugak,akhirnya tiket ada.Kami pulang pada 29hb dan sampai di kedah 30hb.Suruh kawan-kawan tercinta datang ambik sebab memang sangap motor haha.Jadi lepas ni kerja lah pulak bayar hutang keliling pinggang,lepas tu pergi India pulak haha.Dapat kerja bagus,alhamdulillah lah,kalau gaji sikit memang bodo lah.Jadi kata hikmat untuk hari ini adalah,''Jika lebih jauh kita melihat tempat orang,lebih luas lah pemikiran kita,bukan saja orang luar ja kena datang KL tu,orang KL pun kena pergi tempat luar jugak sebab saya tengok pemikiran budak budak KL ni macam sempit dan hanya tahu bergaya ja"Ingat ya,jadi saya berundur dahulu,chaw.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.