Tuesday, March 6, 2012

I DON'T KNOW WHEN,
I WANT COME BACK AGAIN

 AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

SAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Sunday, February 26, 2012

Pantun Kerja

syok betul makan duit orang
syok betul tengok semua marah sorang sorang
nak berniaga jangan songsang
tak buat kerja kena kutuk sorang sorang

apa ini anda tidak mengerti
cerita pasal tempat kerja saya di......
macam macam boleh terjadi
kalau panas di tahap tertinggi

dia dulu semua orang tak suka
tapi aku tengok saja
berilah dia peluang first berniaga
syukur sekarang dah lembut hatinya

aku bukan jenis cakap banyak
mengampu boss untuk kepentingan sendiri
aku kerja bagus dah memang layak
harap harap kerja lama naik gaji

pantun tersemak tahun ini : novel  budak spek (1993)

Friday, January 13, 2012

Me layu

Jauh perjalanan,luas pemandangan bukan.Melihat,mendengar,bercakap,pengalaman sendiri menjadikan perjalanan itu lebih baik.Ceritanya saya tak lah berjalan jauh pun,cuma bekerja di sebuah restoran ni.Dapat banyak kenal dengan 'foreigner',dari Myanmar,Bangladesh,India,Indonesia & Thailand.Satu ASEAN ni saya kawan tau haha,saya tak malu untuk mengatakan mereka kawan saya.Kerja ni macam satu pasukan la,kalau tak ngam mesti kerja tak berapa menjadi dan lancar kan.Hmm sepanjang bekerja ni,banyak la saya dapat belajar dari 'foreigner' ni.Dia cerita ni,dia cerita tu,tambahan pulak saya cukup suka dengar cerita yang belum tau ni & berkongsi cerita.Nak dijadikan cerita lah,sambil melihat,mendengar mereka ni semua punya tingkah laku,cerita masing-masing.Satu jawapan saya dah dapat,apa? Walaupun diaorang orang luar,diaorang lagi pandai pada orang orang Malaysia ni sebenarnya.Macam ni ya,contohnya.Tanya Perdana Menteri dari no 1 sampai Najib diorang tau.Tanya Hari Mengundi akan datang diorang tau,nak kata semua lah tau.Try tanya budak budak kita sekarang,ada yang tak boleh jawab pun.Malu jugak dengan bangsa kita sendiri ya.Ok saya bagi pembaca(anda lah) cabaran.Satu bulan pergi India hafal semua nama makanan yang ada disana,just nama makanan.Rasanya boleh tak? Hmm belum hafal tulisan dan percakapan lagi tu.Tapi macam mana mereka ni semua boleh & cepat,tau pulak hal hal yang berlaku di Malaysia ni.Saya memang respect lah diorang,banyak yang saya dengar dan ada satu,dua yang dapat terdetik (betul jugak) pada saya.Mereka bercakap tentang keturunan Melayu ataupun orang asli yang pertama tinggal di bumi Malaysia ini.Tahu apa orang Indonesia dengan Thailand cakap? Pendapat dua negara sama,iaitu kita orang Melayu bukan bangsa asli Malaysia.Dari manakah kah kita? tentulah dari thai dan indon.Mesti anda akan kata saya cepat terpedaya,emh cuba anda fikirkan semula baik baik.Orang yang menetap di sesebuah negara itu sebenarnya orang asli.Macam peribumi di Sarawak dan Sabah,kemudian berpecah dan menjadi suku sakat yang lain.Adakah melayu itu dari awal peribumi lagi,sudah tentu bukan pada saya.Kita adalah bangsa yang baru dan tidak kuat untuk menandingi bangsa bangsa besar seperti China,India,Arab & Euro.Baru tu bukanlah tahun 19**,13**,sebelum bermulanya tahun 8***.Ha,Indon dah tentu tentu memang bangsanya sendiri,thai mungkin dari selatan china dan berkembang menjadi bangsa sendiri.Bangsa sendiri itu mempunyai cara tulisanya tersendiri,macam kita gunakan tulisan dari arab pada zaman dahulu,kemudian ditukar kepada font(huruf).Dimanakah bermulanya kita? Kalau dalam peta kita sorang sorang takpa lah jugak.Hmm fikir fikirlah dan cintailah sejarah hahahha.

Saturday, December 31, 2011

New Year

Tahun baru dah menjelma,benar orang kata 'pejam celik,pejam celik' 2011 dah habis.Calendar cuma ada 12 bulan dan memang lama lah kalau layan setiap hari.Cukuplah saya beri anda seutas jam tangan dan anda lihat jam itu berdetik selamat 5 minit,mesti akan kata 'dah la malas nak tengok'.Apa yang saya nak cerita ni saya lama dah tak tengok tarikh sebenarnya haha,habis 2010 kerja sampai bulan 6.Masuk study sampai sekarang,ish ish ish kelas pun tak masuk.Dah dua ribu dua belas,yang tau sambut 'new year'.Pernah kah kita memikirkan atau mendalami maksud tahun baru itu,mesti anda akan kata 'nama pun tahun baru,nak masuk tahun yang baru la'.Simple ja tapi,pada pemikiran golongan sekarang pula maksud tahun baru itu adalah 'apa azam hang tahun ni'.Lawan azam dan post lihat siapa banyak like,itulah kemegahan sekarang.Tapi mengikut golongan terpelajar pula(bukan saya),ia mengira dari semua aspek seperti contoh,masyarakat China melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.Sebelum hari tahun baru bermula,segala hutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.Pada pendapat masyarakat China,pada masyarakat Melayu pula tambahan islam.Tahun baru adalah untuk meninggikan keimanan pada Allah,mengambil hikmah pergantian waktu ini untuk meningkatkan silaturahim,tegur sapa serta berbagi doa antara manusia dan memaafkan orang lain.Itu serba sedikit saja lah,saya pun tengok tv saja 'jumaat penghulu segala hari' haha.Tiba tiba tahun ni saya ada azam la pulak,kerja rajin rajin,masuk kelas,bayar hutang.Lepas dah settle semua baru lah mengejar impian ataupun om putih kate dreams(ada 'S' bermaksud banyak).Apa 'dreams' nya tak payah la nak tau haha,saya pun taktau.Saya ni memang sedikit teruk tapi manis ada sikit(perasan banyak) haha.Itu ajalah cerita untuk tahun baru,harap dapatlah sedikit pengajaran dari apa yang saya tulis ni walaupun mengarut ja banyak.Terima kasih kerana membacanya dan bye.