Saturday, December 31, 2011

New Year

Tahun baru dah menjelma,benar orang kata 'pejam celik,pejam celik' 2011 dah habis.Calendar cuma ada 12 bulan dan memang lama lah kalau layan setiap hari.Cukuplah saya beri anda seutas jam tangan dan anda lihat jam itu berdetik selamat 5 minit,mesti akan kata 'dah la malas nak tengok'.Apa yang saya nak cerita ni saya lama dah tak tengok tarikh sebenarnya haha,habis 2010 kerja sampai bulan 6.Masuk study sampai sekarang,ish ish ish kelas pun tak masuk.Dah dua ribu dua belas,yang tau sambut 'new year'.Pernah kah kita memikirkan atau mendalami maksud tahun baru itu,mesti anda akan kata 'nama pun tahun baru,nak masuk tahun yang baru la'.Simple ja tapi,pada pemikiran golongan sekarang pula maksud tahun baru itu adalah 'apa azam hang tahun ni'.Lawan azam dan post lihat siapa banyak like,itulah kemegahan sekarang.Tapi mengikut golongan terpelajar pula(bukan saya),ia mengira dari semua aspek seperti contoh,masyarakat China melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.Sebelum hari tahun baru bermula,segala hutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.Pada pendapat masyarakat China,pada masyarakat Melayu pula tambahan islam.Tahun baru adalah untuk meninggikan keimanan pada Allah,mengambil hikmah pergantian waktu ini untuk meningkatkan silaturahim,tegur sapa serta berbagi doa antara manusia dan memaafkan orang lain.Itu serba sedikit saja lah,saya pun tengok tv saja 'jumaat penghulu segala hari' haha.Tiba tiba tahun ni saya ada azam la pulak,kerja rajin rajin,masuk kelas,bayar hutang.Lepas dah settle semua baru lah mengejar impian ataupun om putih kate dreams(ada 'S' bermaksud banyak).Apa 'dreams' nya tak payah la nak tau haha,saya pun taktau.Saya ni memang sedikit teruk tapi manis ada sikit(perasan banyak) haha.Itu ajalah cerita untuk tahun baru,harap dapatlah sedikit pengajaran dari apa yang saya tulis ni walaupun mengarut ja banyak.Terima kasih kerana membacanya dan bye.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.