Friday, March 25, 2011

dah tak struggle dah haha

Result dah dapat,semua orang takut haha.Aku pergi dengan relaxnya kerana aku bukan la macam hampa,budak pandai-pandai kan.Aku pergi nak tengok math je,failed ke tak.Tengok-tengok failed sungguh celaka haha.Tu la target failed dapat failed la,nasib la aku memang tak suka math pun.

Selain itu,aku rasa sekarang aku betul betul berubah la kut,aku mula terfikir untuk membetulkan jalan hidup aku yang serong ni.Dari aku pergi KL hari tu lagi ada satu niat yang sampai untuk aku sembahYang.Balik ke Kedah aku mula fikir,jahat-jahat jugak.Sambil aku buat dosa baik aku cover dosa-dosa aku dengan pahala,dan sekarang aku mula sembahYang.Tipu la kalau aku kata aku full 5 waktu,tapi alhamdulillah lah aku buat 2 waktu sehari sekarang.Ye la bangun pun petang buat maghrib je la,mlm lepas balik buat isyak,jadi la dari tak buat kan.Harap-harap aku akan buat terus dan jangan separuh jalan.

Walaubagaimanapun haha,aku sekarang dalam masalah yang sangat merumitkan.Aku dah suka kat sorang budak ni,memang dasyat haha.Aku pun tak tahu la,aku tak suka la kacau rumahtangga orang tapi dia buat aku terfikir kat dia hari-hari.Lepas tu macam mana,tu la orang panggil angau.Syok sendiri lah aku rasa,dia buat tak tahu je,huh tapi aku dah luahkan dan sekarang malu pun malulah kira apa.Janji hati aku dah setel.

Akhir sekali,kita perlu teruskan kehidupan dewasa pula.Walaupun cita-cita aku tak pernah dapat dari apa yang aku nak dari kecik,sekarang la nak buktikan.Lari dari sejarah dan capaikan cita-cita itu,berubah dan jadi yang lebih baik dari semalam.Aku nak berhenti buat jahat,tapi tak boleh haha.Jahat tu kan syok,kerja syaitan.Tak buat jahat tak cool la kan,biarlah dengan diri aku dan diri pembaca pembaca ya.Untuk mengakhiri cerita ini,saya ingi memberi sedikit kata-kata hikmat haha.

bukan semua yang kita nak kita dapat,
kadang-kadang perlu diusahakan dengan lebih lagi,
bukan semua yang kita rancang menjadi,
kadang-kadang nasib yang menentukan,
tapi kita mampu memohon kepadaNya,
untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.